Pages


Friday, September 17, 2010

Aidilfitri 2010 yang meriah




Alhamdulillah, aidilfitri kali ini kami sekeluarga dapat berkumpul di chenderong balai, Perak, iaitu di rumah saya dan suami. Keluarga saya dari Pasir Gudang telah merancang semenjak tahun lepas ingin beraya di rumah kami. Akhirnya apa yang dirancang berjalan seperti yang dijangkakan.
Yong dan Yeop juga tidak ketinggalan meraikan hari raya di rumah kami pada tahun ini. Semua anak-anak ummi ada kecuali Ja (Muhammad Muntazar). Beliau tahun ini beraya di San'a Yaman. Kasihan adik kami yang seorang itu. Insya-Allah, kalau ader rezeki, tahun depan diharapkan beliau dapat beraya dengan kami semua. Jadi, dapatlah berkumpul adik beradik dan bergambar kenang-kenangan.
Pagi raya kami semua ke masjid simpang untuk menunaikan solat sunat aidilfitri, mendengar khutbah dan bertakbir. Alhamdulillah Syifa' tidak banyak meragam. Sempatlah ibunya menunaikan sunnah yang amat dituntut itu.
Raya kedua kami barangkat ke Kuala Kangsar untuk beraya bersama abi (ayah saya) di Jerlun. Semua adik-beradik berkumpul di sana menyambut aidilfitri bersama keluarga dan sanak saudara di sana.
masuk tahun ini, sudah tiga kali saya beraya dengan suami. Anak kami juga semakin bertambah. dari seorang menjadi dua. Semoga DIA mengekalkan kebahagiaan kami sekeluarga sehingga ke akhir hayat seterusnya di akhirat kelak.
Raya ketiga bersambung pula di rumah mertua. Di sana diadakan pula majlis membuka rumah dan rumah terbuka. Ramai di kalangan sanak saudara suami yang hadir. Bermula dari awal pagi sehinggalah ke petang, tidak putus-putus melayan tetamu...alhamdulillah cuti pun panjang...hampir dua minggu. Hinggakan tibul rasa "m" untuk memulakan kerja.